Soalan Lazim
PROSES PENYIMPANAN BARANGAN BERHARGA?
Barang-barang berharga anda akan dinilaikan berdasarkan kadar pasaran semasa. Tunjukkanlah Kad Pengenalan/Pasport anda sebaik sahaja anda bersetuju dengan nilai yang ditawarkan (pelanggan mestilah sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas). Kemudian pekerja kami akan merekodkan maklumat anda. Kad Pengenalan dan barang-barangan anda akan diimbas dan gambanya akan disimpan untuk rujukan kemudian. Akhirnya, Surat Perjanjian akan dikeluarkan. Anda dikehendaki membawa surat perjanjian ini pada urusniaga akan datang.
PROSES URUSNIAGA BELI/JUAL BARANGAN BERHARGA ?
Barang-barang berharga anda akan dinilaikan berdasarkan kadar pasaran semasa. Tunjukkanlah Kad Pengenalan/Pasport anda sebaik sahaja anda bersetuju dengan nilai yang ditawarkan (pelanggan mestilah sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas). Kemudian pekerja kami akan merekodkan maklumat anda. Kad Pengenalan dan barangan anda akan diimbas dan gambarnya akan disimpan untuk rujukan kemudian. Akhirnya, Surat Perjanjian akan dikeluarkan.
PROSES MEMBELI SURAT PAJAK ?
Pelanggan perlu membawa Kad Pengenalan dan surat pajak dari kedai lain yang atas namanya sendiri.
Surat pajak anda akan ditaksirkan mengikut butir-butir catitan dalam surat pajak tersebut. Nilai harga akan diberi berdasarkan harga pasaran semasa.
Setelah pelanggan telah setujui dengan harga yang ditawarkan kami akan merekodkan gambar Kad Pengenalan dan surat pajak anda untuk rujukan kemudian.
Sebelum wang tebusan di serahkan kepada pelanggan, satu akuterima dalam surat perjanjian perlu ditandatangani.
Selepas emas pajakan di keluarkan daripada kedai pajak gadai, pelanggang perlu meyerahkan kepada kami untuk pastikan ketulinan dan berat adalah seperti yang ditaksirkan. Sekiranya, ketulinan dan berat emas pajakan tersebut adalah sama dengan taksiran sebelumnya kami akan simpan emas pajakan tersebut dan baki wang yang telah dijanjikan akan diberi kepada pelanggan. Akhirnya, pelanggan perlu menandatangani satu surat pengakuan menjual emas pajakan tersebut.
Sekiranya, ketulinan dan berat emas pajakan yang di jualkan oleh pelanggan adalah tidak seperti yang ditaksirkan, harga nilaian perlu dikira semula dan kami hanya akan membayar pelanggan mengikut harga nilaian baru yang disetujui.
SURAT PEMBAHARUAN?
Kami faham bahawa anda mungkin lupa atau mungkin tidak dapat mengambil barang berharga anda kerana komitmen yang banyak. Oleh itu, kami akan sentiasa memaklumkan anda melalui SMS dan telepon.
MENGAMBILBALIK BARANGAN?
Anda boleh mengambil balik barangan anda pada bila-bila dalam masa yang disetujui.
APA YANG BOLEH DIURUSNIAGA ?
– Barangan Emas (24k, 22k, 18k, 999, 916, 750, 585, 375, suasa dan lain- lain)
– Jam tangan mewah berjenama ROLEX, OMEGA, dan lain-lain
SIAPA YANG BOLEH MENJALANKAN URUSNIAGA?
Semua individu yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai Kad Pengenalan/Pasport yang sah.
APA YANG PERLU DI BUAT JIKA SURAT PERJANJIAN SAYA HILANG?
Jika anda kehilangan surat perjanjiian buat kali pertama, kami boleh mengeluarkan surat perjanjian yang baru dan tidak dikenakan bayaran. Walau bagaimanapun, jika anda kehilangan pada kali yang kedua, anda akan dicaj sebanyak RM2.00 untuk mendapatkan surat perjanjian baru. Oleh itu, ianya amat penting untuk meletakkan surat simpan anda di tempat yang selamat.
BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN WANG TUNAI TAMBAHAN BAGI BARANGAN DALAM PENYIMPANAN?
Sekiranya anda memerlukan wang tunai tambahan untuk barang penyimpanan anda, kami boleh membantu menilai semula barangan tersebut berdasarkan harga semasa dan keadaan pasaran. Sekiranya harga nilaian sekarang adalah lebih tinggi daripada harga nilaian lama anda akan dibayar wang tunai tambahan.
BOLEHKAH SAYA MEMBAYAR SECARA ANSURAN ?
Kami juga menawarkan pembayaran secara ansuran mengikut keadaan dan perjanjian yang dipersetujui.
When creating your own essay, keep www.sitejabber.com in mind that your family doesn’t eat the same sort of food.