MENGAPA HARGA EMAS & PERAK BERBEZA ANTARA JENAMA/PENGELUAR

MENGAPA HARGA EMAS & PERAK BERBEZA ANTARA JENAMA/PENGELUAR

Baiklah , sebelum ini saya pernah menerangkan serba ringkas kenapa Harga 1 Dinar Berbeza ? , mungkin sahabat yang bertanya terlepas artikel tersebut atau pun tidak menemui artikel tersebut.

Sebenarnya harga emas dan perak fizikal tidak mempunyai harga siling, tiada penetapan harga maksimum, tetapi ianya mempunyai harga lantai atau harga minimum. Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun Indeks harga yang sentiasa berubah-ubah. Laman web yang menjadi kebiasaan untuk rujukan harga spot adalah laman web “kitco.com”. Harga ini hanyalah angka/indeks yang didagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.

Dalam penentuan harga emas dan perak fizikal beberapa faktor diambil kira oleh syarikat pengeluaran emas, antara faktor yang perlu diambil kira adalah beberapa kos tambahan yang terlibat seperti kos Minting, Kos Buruh, Kos untuk memastikan keselamatan dan lain-lain kos yang terlibat dalam proses pengeluaran emas/perak fizikal tersebut disamping % kadar keuntungan. Bagi syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran dan modal yang besar, akan mengenakan kos tambahan yang amat rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran mereka dapat dijual pada harga yang kompetitif.

Manakala bagi pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut dan terpaksa mengupah kepada pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka juga dijual pada harga yang lebih tinggi, faktor inilah yang akan menentukan harga emas dipasaran.

20/09/2017 / by / in

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *